PROJEK TERNAKAN UDANG

PROJEK TERNAKAN UDANG

Melalui projek yang diusahakan di tapak dalam zon industri akuakultur milik Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing pada awal tahun lalu, tuaian pertama mengukuhkan keyakinan setiap koperasi yang bergabung dengan projek ternakan udang bersama.

Kolam perintis seluas 5 ekar dengan benih yang diternak pada Oktober tahun lalu, mencatatkan hasil tangkapan sebanyak 7 tan metrik, hampir lima kali perolehan berbanding kaedah konvesional yang diamalkan oleh penternak kecil selama ini.

Kejayaan awal itu adalah hasil kaedah penternakan moden secara terkawal dengan mengunakan teknologi syarikat thailand CP di samping keyakinan Pihak Angkasa untuk mengeluarkan modal bagi menampung sebahagian daripada prasarana.