PROJEK TERNAKAN RUSA

Pada November 2015 pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor melalui Unit Eksotik dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri ternakan rusa di Negeri Johor. Kerjasama dilakukan dengan Unit Agronomi dan Pemakanan Ternakan bagi membangunkan dan memajukan padang ragut Jabatan yang sedia ada untuk aktiviti penternakan sekitar khususnya di Negeri Johor.

Ternakan rusa ini sebagai satu tarikan Agro pelancongan kepada padang ragut TPKM Mersing pelawat diberikan peluang memberi makan secara dekat dengan haiwan liar ini.