TERNAKAN LEBAH MADU KELULUT

Projek Ternakan Madu Kelulut

Projek madu kelulut ini telah dijalankan pada pertengahan tahun 2015. Projek tersebut berjaya di laksanakan kerana sumber pembiakan kelulut yang baik berpunca dari sumber makanan yang banyak dari pokok akasia di sekitaran kawasan TKPM Mersing. Bermula dengan 5 sarang, kini ianya telah bertambah kepada 60 sarang. Projek ini amat menggalakkan dan boleh menguntungkan terutama kepada pengusaha kecil kecilan. Kepada anggota KOPRIS yang berminat untuk terlibat dengan penternakan ini boleh menggunakan TKPM ini sebagai tempat pembelajaran dan KOPRIS boleh menjadi payung kepada anggota dan pihak luar yang berminat.