TERNAKAN LEMBU TENUSU

 

Projek menternak lembu susu (Tenusu) ini telah dijalankan semenjak akhir tahun 2014. Permulaan bagi projek ini adalah hasil daripda galakan oleh Jabatan Veterinar Johor dengan menempatkan sejumlah 17 ekor lembu susu yang di impot terus dari Perth Australia.

Di atas kejayaan projek ini, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (KOPRIS) dengan mengadakan Program Mentoring And Coaching dalam Industri Lembu Tenusu.