TERNAKAN LEMBU PEDAGING

 

Ternakan lembu pedaging menjanjikan pulangan yang tinggi kepada KOPRIS kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi. Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang mudah didapati. Pasaran kini terbuka kepada Qurban, aqiqah dan juga jualan daging karkas.