PERLADANGAN SAWIT

Urusniaga perladangan sawit masih di teruskan di atas tanah sebahagian daripada PTD 1048, Mukim Sedeli Besar, Kota Tinggi Johor seluas 250 ekar, dan 100 ekar yang di perolehi oleh KOPRIS secara tapping Rights pada 2 tahun yang lalu. Selain daripada kedua-dua ladang kepunyaan KOPRIS. Urusniaga ladang sawit ini merupakan penyumbang utama kepada urusniaga dan pendapatan KOPRIS tahun ini (2015) dan pada tahun sebelumnya.