EMK BIOTEKNOLOGI

Apakah EMK
Merupakan salah satu teknologi alternatif untuk meningkat produktiviti pertanian ke paras optimum dengan cara memanfaat bahan organik bersama mikroorganisma yang berfaedah untuk pertumbuhan pembesaran, serta kualiti pengeluaran pertanian. EMK terdiri dariapada 3 jenis mikrob iaitu Bakteria Fototropik, Bakteria Asid Laktik dan Yis (Ragi). Mikroorganisma yang berfaedah ini akan memproses bahan organik dan menghasilkan bahan yang berguna seperti asid amino, asid nukleik, bahan bioaktif, gula dan mineral dimana semua diperlukan untuk menggalakan pertumbuhan tanaman. EMK amat sesuai kepada semua jenis tanah, tanaman, ternakan, akuakultur, penggunaan dalam dan luar rumah serta alam sekitar. Ia mudah, praktikal dan selamat digunakan untuk penghasilan makanan yang berkhasiat dan bebas dari sisa-sisa kimia yang memudaratkan kesihatan manusia.