Aktiviti Ekonomi

 

AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI

Sepanjang tahun 2015 urusniaga tidak banyak berubah berbanding pada tahun yang sebelumnya. Urusniaga masih dijalankan didalam bidang perladangan, penternakan dan pelaburan.

Pengurusan KOPRIS mempunyai strategik dan aturan dalam melaksanakan urusniaga memandangkan perbicaraan kes tanah masih belum selesai yang melibatkan perbelanjaan yang besar bagi membiayai kos guaman. Perbicaraan mengambil balik tanah KOPRIS yang berada di tanganpemajak merupakan tugasan utama pihak pengurusan. Sekiranya pengembalian balik tanah tersebut berjaya ianya akan mengubah landskap KOPRIS di masa akan datang dalam urusniaga serta pulangan keuntungan dan pemilikan harta.